Ada SIRIM, Baru Beli

Mulai 7 Oktober 2026, penguatkuasaan penuh bagi perakuan dan penandaan minyak enjin kenderaan motor telah dilaksanakan di Malaysia. Minyak enjin yang dipasarkan perlu mempunyai label pematuhan SIRIM sebagai langkah membanteras produk tiruan dan memastikan kualiti yang lebih terjamin.
 
Sebelum membeli minyak enjin, pastikan anda:
 
  • Semak Label SIRIM
    • Pastikan label pematuhan SIRIM dilekatkan pada penutup botol.
 
  • Imbas Kod QR
    • Sahkan ketulenan produk melalui aplikasi SIRIM QAS.
 
  • Pilih Produk Yang Disahkan
    • Gunakan produk yang mematuhi keperluan pensijilan bagi memberikan perlindungan optimum kepada enjin kenderaan anda.
 
Jangan berkompromi dengan kualiti. Pilih minyak enjin yang tulen dan diperakui untuk prestasi serta ketahanan enjin yang lebih baik.
 
Scroll to Top